Archive for 2012

Perniagaan Kita Dengan Allah S.W.T.


Tahun 2012 tak lama lagi akan melabuhkan tirainya dan akan masuk ke tahun masihi yang baru iaitu tahun 2013 tak lama lagi. Apakah yang kita sudah lakukan pada tahun 2012 ini. Adakah kita buat segala perintah Allah ? Ataupun kita leka meninggalkan suruhanNya. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita, kita ingat balik apa yang kita telah lakukan pada tahun 2012 ini. Ingatlah Muhasabah diri merupakah amalan para nabi, amalan para rasul yang terdahulu, amalam orang soleh yang terdahulu, mereka berjaya kerana amalan muhasabah diri yang selalu dilakukan oleh mereka.

Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."
Daripada takrif yang diberikan oleh Ibnu Qudamah ini kita perlu melihat keadaan keuntungan dan kita kena lihat keadaan kerugian kita untuk mengenal pasti penambahan amalan kita. Seperti dalam hal ehwal perniagaan. Sudah tentu ada modalnya, sudah tentu ada keuntungannya, sudah tentu ada kerugiannya. Maka apabila hampir di akhir tahun pihak akauntan akan melihat kembali apakah percapaian syarikat mereka pada tahun itu. Seperti juga dengan kita ini, kita perlu lihat dengan modal kita yang diberikan oleh Allah S.W.T iaitu kewajipan yang Allah S.W.T perintah kepada kita seperti solat fardhu, bayar zakat, puasa dan segala yang Allah menfardhukan kepada kita, itulah modal kita untuk kita masuk kedalam syurga Allah S.W.T.

Kita perlu melihat juga dalam konteks keuntungan iaitu perkara-perkara sunat yang telah di anjurkan oleh agama kita seperti solat sunat, puasa sunat dan segala perkara yang ditunjukkan oleh baginda nabi S.A.W. itu lah keuntungannya. Maka berbahagialah kepada sesiapa yang banyak melakukan perkara sunat ini yang banyak meraih keuntungan. Dan apabila kita bermuhasabah diri kita lihat lah apa keuntungan yang kita dapat pada tahun ini. Jika berkurangan keuntungan kita pada tahun ini, maka rugi lah kita pada tahun ini  
Wahai orang-orang yang beriman nakkah kamu jika Aku tunjukkanmu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kanmu daripada azab yang pedih? (Caranya ialah) Kamu beriman kepada Allah, kamu beriman kepada RasulNya, serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan nyawamu, yang demikian itu lebih baik bagi mu jika kamu mengetahui." - Surah As-Shaf, 10-11

Selain itu kita kena muhasabah dalam konteks kerugian kita iaitu larangan yang kita langgar, dosa yang kita lakukan kepada Allah S.W.T. Maka itulah kerugian yang kita lakukan pada tahun ini. 

Jadi marilah kita lihat apa yang kita telah lakukan pada tahun ini, cuba lah kita senaraikan apa yang kita lakukan pada tahun ini dengan apapun cara kita duduk pada suatu malam untuk kita bermuhasabah diri kita, lihat semula adakah kita guna semua modal yang diberikan, adakah kita mendapat keuntungan yang banyak. ataupun kita banyak melakukan kerugian. Maka dengan kita bermuhasabah diri pada tahun ini, maka kita tau apa yang kita telah lakukan pada tahun sebelum ini. InsyaAllah tahun baru yang akan datang, akan mendatangkan sinar baru pada diri kita untuk menjadi manusia yang lebih beriman.

Posted in , , , , , , , , , | 2 Comments

Satu Perkataan, Seribu Makna


Pukul 10malam. Selepas pulang dari kampung sampai je di rumah, phone BlackBerry aku terus detect wifi yang modemnya berada didalam rumah. Aku masuk rumah dengan langkah kaki kanan. Aku terus menuju ke bilik. Aku baring sambil guling-guling. Hahaha.. Lepas tu aku on whatsapp. Ada dua orang whatsapp aku. Salah satunya dari DIA ! Yup dia.. *Siapa dia tu ? Biarlah rahsia :) Aku bukak whatsapp yang dia hantar. Tiada apa pun yang dia taip. Tapi dia hantar lagu. Ok, Aku tak tau tu lagu apa. tapi lagu tu dia guna bahasa Hangul. Bahasa Hangul tu apa ? Cuba usaha cari sendiri.. Hahaha.. Ok.. Tu bahasa korea sebenarnya. Aku tekan download lagu yang dia hantar tu  dan aku tekan listen. Aku cucuk ear phone aku ke dalam telinga aku dan aku hayati lagu tu dengan penuh perasaan. Sumpah aku cakap aku tak tau apa dia cakap. Tapi dari nada lagu tu. Aku faham apa yang dia nak sampaikan. Lagu tu tiba-tiba buat aku macam sedih.. Hahaha. Tak tau kenapa. Lepas tu aku terus pergi jumpa kakak aku. Mujur lah ada kakak yang hebat juga pasal Korean pop ni. Kalau tak aku tak tau tu lagu apa.



Ok, tu lagu yang dia hantar. Aku nak tau sebab aku nak tau apa maksud dia. Bila aku play je lagu tu. Aku baca maksud dia satu demi satu lirik dia.. Ok.. Rasa seperti diri ini tak guna.. Hahaha.. Entah lah. Tak tau kenapa aku cakap diri aku macam tu. Sebab aku banyak buat salah dekat dia kot. Entah lah, entah lah.. Apa-apa pun kalau awak baca entry ni. Saya nak minta maaf sangat-sangat. Ok lah, Bye.. Adios.. ! Schönen Tag noch ! :)

*Awak ! Awak ! Awak ! Tinggal 7hari je lagi nak birthday ayah saya :D

Posted in , , , , , , | Leave a comment

Maria Elena Is Greek Helen


Maria Elena namanya tidak asing lagi, pasti ramai yang mengenalinya daripada video vlong-nya yang sempoi lagi comel. Hahaha. Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah kepada Maria Elena kerana sudah berjaya menjalankan majlis perkahwinan dia dengan jayanya.. Cehhh.. Maria Elena berkahwin dengan jejaka handsome yang bernama Asfirdaus Asri. Mereka sangat sweet.. Jealous oh.. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah dan bahagia selalu. Cepat-cepatlah menimang cahaya mata eh. :D





Sangat sweet-kan mereka ? :D

Saksikan shortfilm "Kisah kami" daripada CSTBreed

 

Posted in , , , , , , | 1 Comment

Kenapa Dengan Saya ?


Kenapa dengan saya
Makin hari ditipu dunia
Mata dikabur dengan bahagia
Rasa gembira yang tidak dibawa ke syurga


Kenapa dengan saya
Dulu saya suka buat dia gembira
Sekarang seperti ada satu garisan yang menghalang saya
Adakah itu alasannya

Kenapa dengan saya
Rasa bahagia yang sementara
Tak dapat kekalkan setia
Macam inikah nak berpunya

 

Kenapa dengan saya
Saya lihat dia gembira
Tapi hakikatnya hatinya terpalit luka
saya hanya pandang gembira


Kenapa dengan saya
Mudah ditipu dengan esperasi muka
Tidak dapat membaca isi jiwa
Saya tewas dengan ini semua


Kenapa dengan saya
Suka sangat lukakan hati dia
Walaupun dia kata tiada apa
Saya mengiyakan saja


Kenapa dengan saya
Walaupun sudah tau hatinya luka
Saya masih bermanis muka
Tidak tahu apa yang perlu saya lakukan


Kenapa dengan saya
Setiap hari memikirkannya
Bagaikan di fikirkan juga oleh si dia
Tapi kadang-kadang diri sendiri yang sengsara


Kenapa dengan saya
Mengharap sesuatu yang gila-gila
Tapi dia tidak peduli apa
Saya seperti orang gila


Kenapa dengan saya
Buat salah dengan dia di sini sana
Saya harap dia dengar khabar saya
Saya mohon maaf atas kesalahan saya


@ Nukilan ini ditulis untuk si dia.. :)

Posted in , , | Leave a comment

Sebutir Peluru Untuk Israel.

Save our Palestine !
"Weh ! Kau tahu tak, setiap akaun facebook yang di register ni seolah-olah seperti mendermakan sebutir peluru kepada israel tahu tak !" Ameer bin Malik berhujah sambil menyelak surat khabar The Star. Iman yang sedang khusuk melayari laman sosial facebook di meja belajar di rumah sewa mereka tersentap seketika. Makan dalam betul kata-kata Ameer itu sehingga Iman berasa tersentak.

"Mana lah kau dapat tahu cerita ni Am.." Iman pandang muka Am  dengan wajah yang berkerut. "Pasal Israel ni kau jangan buat main-main Am, sensitif woi !"

"Cikgu aku yang cakap, betul lah kot." balas Ameer pendek sambil menghirup kopi Starbucks yang selalu dibelinya  setiap minggu. Kadang-kadang setiap hari dia beli. Ketagihan dia pada kopi memang kuat. Setiap pagi kopi adalah minuman wajib buatnya membasahkan ususnya, Kopi adalah sumber kekuatan baginya untuk memulakan hari dengan lebih cergas. Tanpa kopi, dia jadi lemah. Tanpa kopi dia lembik macam tak makan sebulan.

Iman diam seketika. Selepas itu dia bersuara, "Kau tau tak Am ! "

"Hah. apa dia ?" Ameer bin Malik menunggu sambungan kata daripada Iman.

"Setiap hirup kopi yang kau selalu beli dekat Starbucks tu seolah-olah seperti menderma sebiji kereta kebal kepada Israel !" Iman membalas balik hujah Ameer sebentar tadi. Penuh semangat dia berkata-kata.

Ameer tersedak. Habis bersembur kopi Starbucks-nya ke muka aku. Cilaka betul. Am terasa seperti batu jatuh di mukanya dengan kata-kata Iman tadi.

"Hahahahaaha ! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia pun sama..."

******

Marilah kita sama-sama mendoakan umat Islam di Palestine sekarang yang tidak berdosa dibunuh oleh tentera Israel. #PrayForGaza !

Posted in , , , , , , | Leave a comment

Bukan Cinta Namanya

 
Bukan pelangi namanya jika berwarna satu.
Bukan mentari namanya jika sinarnya gelita.
Bukan sungai namanya jita airnya tak mengalir.
Bukan pantai namanya jika pasirnya tak berselerak.

Bukan cinta namanya jika dihati tak pernah terguris
Bukan kekasih namanya jika tak pernah cemburu.
Bukan cinta namanya jika air mata tak pernah menitis.
Bukan pencinta namanya jika tak pernah merindu.

Posted in , , , , , | Leave a comment

Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat


Sekarang ni ramai orang pandang remeh dengan rukun islam yang kedua iaitu solat. Mereka pandang solat ini seperti tiada apa-apa. Tiada yang penting bagi mereka, yang mereka tahu kejar dunia saja yang bersifat sementara ni. Adakah korang tau apa yang akan berlaku pada diri kita apabila kita meninggalkan solat. ? Sesungguhnya balasan sentiasa menunggu sesiapa yang meninggalkan solat. Harini Syahir nak kongsi sedikit apa balasan orang yang meninggalkan solat.

"Dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus" - Al-Bayyinah : 5
Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat itu merupakan tiang agama, barang siapa yang mendirikannya sesungguhnya dia mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya maka seolah-olah dia meruntuhkan agama"

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda :
"Barang siapa yang meringan-ringakan solat dibalas ke atasnya lima belas seksaan, enam perkara ketika di dunia, tiga perkara ketika saat kematiannya, tiga perkara semasa di dalam kuburnya dan tiga lagi ketika bertemu Tuhannya.

Lalu para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah itu seksaan semasa di dunia ini?"

Baginda menjawab : 
  1. Allah akan mengambil keberkatan daripada usianya
  2. Allah akan mengambil pada rezekinya.
  3. Allah akan mengambil ciri(tanda) orang soleh pada mukanya
  4. Tidak terpelihara baginya agama Islam
  5. Setiap amalan yang dilakukannya di dunia tidak diberi ganjaran pahala
  6. Doanya tidak diangkat oleh malaikat ke langit.
Lalu sahabat bertanya lagi : "Apakah dia seksaan semasa matinya?'

Baginda menjawab : 
  1. Matinya dalam keadaan hina.
  2. Matinya dalam keadaan sangat lapar.
  3. Matinya dalam keadaan sangat dahaga sehinggakan jika dituang air yang ada di dunia ini sekalipun tidak akan menghilangkan dahaganya.
 Kemudian sahabat bertanya : "Apakah dia seksaan semasa di dalam kuburnya?"
 Nabi menjawab :
  1. Disempitkan oleh Allah kuburnya dan diperintah kepada malaikan agar menyeksanya sehingga hari kiamat.
  2. Diseksa oleh beberapa ekor ular yang dinamakan al-Syuja' al-Akra' dan kedua-dua matanya daripada api neraka.
  3. Diseksa oleh malaikat yang kukunya daripada besi kharasani dan panjang kukunya itu seumpama perjalanan sehari semalam. 
"Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat. Lalu al-Syuja'ul Akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi tujuh puluh hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi sehingga hari kiamat"

Sahabat bertanya lagi : "Apakah pula seksaan ketika bertemu Tuhannya?"

Baginda s.a.w. menjawab : 
  1. Allah memerintahkan malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulut dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap ke atas mukanya dan belakangnya.
Malaikat yang menghelanya berteriak: "Inilah balasan orang yang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka Saqar"

"Jika dijatuhkan rantai itu ke bumi nescaya terbakar seluruh muka bumi" - Riwayat Abdullah bin Abbas r.a

2. Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat
3. Tiada pilihan baginya selain mendapat seksaan yang teramat pedih.

Balasan bagi siapa yang melakukan solat : 

Dalam riwayat nabi : "Barang siapa solat subuh dengan berjemaah selama 40hari tanpa terlepas satu rakaatnya diberi oleh Allah baginya kebebasan daripada api neraka dan bebas daripada sifat munafik"

Fadilat solah : "Perumpamaan solat lima waktu ibarat sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumahmu, kamu telah mandi di dalamnya sebanyak lima kali sehari, maka adakah terlekat sebarang kekotoran." Para sahabat menjawab: "Tidak wahai Rasulullah." Nabi menjawab: "Demikian solat lima waktu itu yang sempurna membersihkan segala dosa."

Dengan itu serba sedikit balasan yang dikenakan kepada orang yang tidak melakukan solat. Mungkin kita akan terlepas daripada seksaan di dunia dan mendapat nikmat dunia dengan puasa, tapi ingatlah di akhirat nanti kita takkan terlepas daripada seksaanya. Sesungguhnya jika kita tergolong dari golongan yang meninggalkan solat atau merengan-rengankan solat kembalilah pada jalan yang lurus semula, memohon ampun dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyanya. Wallahualam.

Posted in , , , , , , , , | Leave a comment

Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum, kedengaran suara takbir di corong televisyen. Itu maknanya esoknya pasti hari raya... Semua orang gembira sakan. Dapat jumpa saudara mara semua. Mesti best.. Esok umat islam di Malaysia akan menyambut hari raya Aidiladha, yang tak semeriah seperti hari raya Aidilfitri. Sepatutnya hari raya Aidiladha di utamakan baru Aidilfitri. Orang Malaysia je sambut hari raya Aidilfitri sampai sebulan, sepatutnya 1hari je. Aidiladha yang sepatutnya sambut 4hari orang buat macam ada tak ada je.. Semoga kita dapat mengubah kebiasaan rakyat Malaysia ni yaa.

Hah ! Hari raya Aidiladha, apa tu ? "Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT." dah ingat peristiwa ni ? Mesti korang dah tau kan. Syahir bukan nak cerita sangat apa pun. Sempena raya haji ni Syahir nak share sikit gambar Syahir menunaikan Umrah masa syahir tingkatan 2 (2010). Time ni tak matang lagi. Sedih...
*Tekan gambar untuk lebih jelas

Makanan yang di sediakan Yamen Airways

Dari Malaysia flight terus pergi ke Jeddah selepas tu naik bas lebih kurang 7jam sampai ke Madinah  kebetulan haritu hari Jumaat. Sampai hotel je terus siap-siap pergi solat jumaat. Hotel yang Syahir duduk tak jauh pun dari Masjid Nabawi dalam jarak 200m je. Boleh nampak dari cermin hotel.

Masjid al-Nabawi
Ladang Unta
Burung merpati
Pokok kurma

Travel Irna Yakin @ladang kurma
Selapas 5hari berada di Madinah kami semua siap sedia untuk tunaikan umrah pula, Dari Madinah terus ke Makkah. First time ingat Masjid al-Ahram ni keliling dia padang pasir, tapi bukan, keliling dia semua banggunan. Dengan zam zam tower nya. Maju betul Arab Saudi ni.




Pintu utama King Abdul Aziz
Makam Saidina Hamzah
Jabal rahmah
Ok lah, sampai sini sahaja lah. Ada banyak gambar lagi, Nanti Syahir update ya. Esok jangan lupa bangun pagi-pagi ada solat sunat raya Aidiladha. Disunat kan puasa sementara lepas solat sunat baru boleh makan. Semoga kita diberi peluang untuk menjejak kaki ke tanah haram satu hari nanti. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam diucapkan 

Posted in , , , , , , , | Leave a comment

APA ???

Pokok kaktus ku yang sedang berbunga
Assalamualaikum semua, tak jawab dosa.. Kalau jawab sayang..Hahaha. dan... Selamat sejahtera.. Kesian blog ni, sudah lama tidak dikemaskini. Dekat 2 bulan tu... Niat memang nak update setiap hari tapi disebabkan banyak benda penting perlu dibuat jadi blog ni terpaksa di anak tirikan.. Kesian dia.. Apa khabar semua pembaca.. Sihat ? Alhamdulillah sihat.. Dalam 2 bulan ni macam macam berlaku. Sedih, gembira, sakit hati, rabak, semua ada... Tapi hidup mesti diteruskan juga walau sedih macam mana pun kan ? Betul tak ? Pasti kita akan cari jalan untuk selasai kan masalah kita kan ? Hahaha. Cuba kita renung  balik masalah kita yang dulu, secara tidak sengaja kita sekarang 80% dah lupa masalah kita yang dulu. Kuat kan kita? hebat kan ? Itu lah kurniaan Allah Dapat mematangkan diri kita lagi pulak tu. Hahaha. 

Yeaaa !Cuti dah bermula ! Dapat lah rehatkan diri sekejap sebelum sambung balik exam yang berbaki lagi 7papers iaitu kimia kertas 3, fizik kertas 3, agama kertas 1/2, sejarah kertas 3, pjk dengan sivik... Haishh. Dua subjek terakhir tu. perlu belajar juga ke ? Tapi tak belajar pun boleh dapat A apa. Hahaha. Tahun ni final exam JPS buat kertas soalan. Agak susah sikit. Doa kan saya dapat jawab exam dengan tenang dan dapat keputusan yang cemerlang ya.. AMIN ! Harini hari rabu esok hari khamis, esoknya pulak hari jumaat. Hah, tau tak hari jumaat tu ada apa ? tau tak ? Ayokk ! tak tau eh ? Hari jumaat nanti 26/10/2012 bersamaan 11 Zulhijjah 1433 Hijriah tu hari Raya Aidiladha. Hah, ingat dah  ? Korang ada ambil bahagian buat korban sekali ? Alhamdullah kalau buat. Tahniah ! Hah ! Jangan lupa esok hari khamis puasa sunat hari Arafah yaa..  
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
 Hah, besar tu ganjaran dia. Bukan senang nak dapat. Hahaha.. Ok lah.. Tak tau nak menaip apa lagi.. Bye..byee... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tak jawab dosa, Kalau jawab sayang !

Posted in , , , | Leave a comment

Syawal semakin tiba :D

Assalamualaikum..... selamat sejahtera... Hari demi hari saling  berganti, siang dan malam saling berganti, hujan, mendung, panas, ribut menghiasi Ramadan tahun ini.. Yawnn !!! :O Panas betul cuaca hari ni, sudah lama Syahir tak jejak blog syahir yang terindah sangat ni. Hampir sebulan syahir tak jenguk blog ni, baru je bersihkan sawang labah-labah dekat blog ni. Baru tinggal kan seminggu, kalau setahun ? Tak tau apa jadi.. *Ok, ini menipu.* Hahaha..

Apa khabar semua ? Sihat ? Puasa penuh tak ? Alhamdulillah kalau dapat puasa penuh. Tinggal dua hari je lagi ! Hwaiting !! Syahir sebenarnya dah lama nak menulis dekat blog ni, tapi disebabkan kesuntukan masa pada bulan Ramadan ni yang banyak menghalang syahir untuk menaip disini.. Dengan minggu exam-nya, balik sekolah pukul 4, ada training wushu/silat untuk hari kemerdekaan lagi *jumpa dekat bukit jalil ^-^. Balik rumah solat asar lepas tu tidur. Bangun tidur terus buka :D Lepas tu pergi solat Maghrib, solat Isyak dan Terawih sampai lah pukul 11 baru ada dekat rumah. Balik rumah study sikit untuk ujian.. Kadang-kadang tu Syahir tolong ibu syahir buat kuih raya yang banyak gila orang tempah. Setiap hari bau kuih, tergoda nafsu :D See, takda masa pun nak luangkan masa dengan komputer tersayang.



Ramadan semakin pergi dan akan digantikan oleh Syawal, ada yang gembira dan ada yang sedih. Sedih sebab kita tak tahun adakah kita dapat jumpa Ramadan yang akan datang. Yang gembira ni mesti lah sebab nak raya kan ? Dah beli baju raya semua ? Baju raya syahir tahun ni warna kelabu dengan coklat. Korang pula warna apa ? :D Nak dekat raya ni banyak betul orang order kuah raya. Letih ohhh. Tapi Alhamdulillah setiap tahun rezeki meningkat. Ada sesiapa yang nak order kuah raya tu boleh lah tinggalkan kan comment.


Tart nenas (Y)

Tahun ni Syahir balik kampung selepas solat sunat raya, sadis betul. Lambat balik, tak dapat tolong dekat kampung buat lemang, ketupat semua.. Kampung Syahir dekat slim river, Perak. Siapa yang ada dekat area tu boleh lah datang beraya di kampung Syahir :D Korang tahun ni beraya dekat mana ? Kedah ? Perlis ? Johor ? Kelantan ? Wahhh ! Mesti letihkan kampung jauh-jauh, tapi semangat raya punya pasal mesti gembira je walau apa pun yang terjadi. Tahun ni Syahir tak dapat kad raya pun.. :( Tahun lepas je dapat. Tapi pagi raya nanti mesti penuh message dari kawan-kawan hantar ucapan hari raya. Zaman teknologi lah katakan sekarang.

Ok lah, idea pun dah takda sangat nak dicurahkan di blog ni. Mata mengantuk nak tidur o,o
Sempena hari raya yang akan tiba ni, Syahir nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Mana lah tau selama Syahir menulis di blog ada terguris perasaan hangpa ke. Syahir minta maaf yaa, Segala yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari diri Syahir sendiri. Sesiapa yang pulang ke kampung halaman harini, pandu kereta hati-hati "Ingatlah Orang Yang Tersayang". Kalau mengantuk bawa kereta tu singgah lah R&R dulu. Nanti ada perkara yang tidak diingini berlaku susah kita.

Sebelum memulakan perjalanan tu baca lah doa ini : 
"Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi walaa fissama’ii, Wa huwassami ul ‘alim"
(Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya apa sahaja di bumi dan langit, Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui)

Posted in , , , , , , | 3 Comments

Kita Bagaikan Awan Yang Menangis



Hujan lebat turun membasahi bumi. Sehingga kini, masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Sudah lama juga hujan tidak turun selebat ini. Mana tidaknya, sebelum ni cuaca sangat panas.


Kakak baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor. Sebelum solat, dia ada berjanji dengan Adik, untuk membancuh air Milo sejuk pada asalnya. Tapi dalam keadaan hujan lebat yang sejuk ini, rasanya kalau bancuh air Milo panas lagi umphh.


Selepas makan tengahari, Adik terus duduk berteleku di tepi tingkap memerhatikan titis-titis hujan yang turun. Di pangkuannya, Boboi si kucing kesayangan Adik sudah terlena. Mungkin selesa dek kehangatan belaian Adik, nak pula tengah sejuk sekarang ini.


"Adik, nak air Milo tak? Kakak bancuh yang panas ye. Sejuk sekarang ni."


"Kakak, tak apalah. Adik tak nak minum air Milo. Adik nak Kakak duduk sebelah Adik, boleh?" pinta Adik sambil menepuk lantai untuk duduk di sebelahnya. Pasti ada sesuatu yang Adik nak tanya ni, hati Kakak berbisik.


Kakak duduk melunjurkan kaki, kemudian mengambil Boboi dari pangkuan Adik dibawa ke pangkuannya. Terdengar bebelan kecil Boboi, mungkin kerana tidurnya yang lena diganggu. Tak lama lepas tu, Boboi tertidur semula.


"Kakak, dah lama kan hujan tak turun?"


"Yep. Alhamdulillah. Allah turunkan juga hujan. Rasa segar sikit dapat bau hujan. Hehe."


"Ha'a Kak. Tengok tu. Katak tu lompat-lompat kat laman rumah. Mesti dia suka hujan turun. Boleh main hujan."


Oh, itulah rupanya yang Adik ralit sangat duduk di tepi tingkap ini. Ralit tengok katak rupanya.


"Kakak, Adik pernah dengar, kalau hujan turun, maksudnya awan tengah menangis ye Kak?"


Kakak tersenyum mendengar soalan Adik. Alhamdulillah, dia dikurniakan seorang Adik yang sangat cerdas. Sudah menjadi kebiasaan, kalau ada apa-apa sahaja yang bermain di mindanya, Adik akan terus bertanya, walaupun ada masanya soalan yang diajukan itu, kedengaran tidak logik juga.


"Oh, awan tu menangis, sebab kena pikul beban air yang sangat berat. Apabila dah tak terlarat nak pikul, awan pun mencurahkan semua air itu turun ke bumi. Nak pula bumi pun masa tu sangat-sangat memerlukan air hujan untuk menyegarkan balik semua yang layu kerana berpanas."


Adik sudah mula memusingkan badannya menghadap Kakak. Petanda ingin mendengar lagi penjelasan dengan lebih mendalam.


"Kalau ikut proses alam, mula-mula awan akan sedut air dekat sungai sikit, laut sikit, kolam sikit, untuk dikumpulkan. Tak lama lepas tu, awan tu pun akan membesar sedikit demi sedikit, ikut pada banyak mana air yang dia dapat sedut. Dan tak lama lepas tu, apabila awan tu dah rasa berat sangat, dah tak larat dah ni, barulah awan lepaskan air tu turun sebagai hujan. Itupun semua, dengan izin Allah."


Kakak terpaksa menukar perkataan 'sejat' kepada 'sedut', bagi memudahkan si Adik membayangkan apa yang diceritakan itu.


"Kakak, tapi kan, Adik tak nampak pun air kena sedut...."


Meletus tawa si Kakak. Haih Adik. Adik mula membuat muka tak faham.


"Adik, tak semua proses ni kita akan nampak. Itu semua sudah menjadi kuasa Allah, bagaimana air itu disedut ke awan. Macam ni, Adik pernah tengok kan, air dekat bekas Boboi. Kadang-kadang, Boboi tak minum, air dah tinggal sedikit. Itu maknanya air Boboi dah kena sedut ke udara, nak dibawa ke awan. Memang Adik tak nampak air tu kena sedut, tapi Adik tahu, yang air dalam bekas Boboi semakin kurang. Nak pula kalau hari panas macam semalam. Lagi banyak air yang kena sedut apabila cuaca panas."


"Kakak, kalau orang menangis kan, maknanya, mata dia pun boleh sedut air macam awan ye?"


Kakak menarik nafas panjang dan dalam. Soalan yang Adik tanya kali ini, bukannya soalan yang susahpun untuk dijawab. Cuma Kakak tak pasti, seandainya Adik dapat memahami jawapan yang bakal dia berikan itu.


"Macam ni. Manusia menangis, bukan macam tu ceritanya. Manusia ni unik Adik. Allah ciptakan manusia, dengan seketul darah, yang Allah gelarkan sebagai hati. Dan hati tu, secara fitrahnya, sangat lembut. Lembut sehingga mampu untuk menyerap, dan menyimpan segala beban dan kesusahan yang dihadapinya, semasa menjalani kehidupan sehariannya di dunia ni. Dan hati itu, ada tahap kekuatannya untuk bertahan memikul beban dalamnya. Sampai satu masa, hati itu akan melepaskan semua apa yang disimpannya selama ini, melalui tangisan. Tangisan itu bukannya bukti yang hati itu lemah kerana terlalu lembut, tapi ianya bukti yang hati itu sudah lama bertahan untuk menjadi kuat dalam memikul semua beban itu. Macam awan, apabila terlalu berat, akan turun juga hujan.


Tapi, apabila seseorang manusia itu meluahkan semua apa yang dirasa dalam hatinya melalui tangisan, InsyaAllah, dia akan merasa suatu kelegaan, dan juga keringanan di hatinya. Sama macam awan, lepas hujan turun, dia pun akan menjadi kembali ringan, dan bersedia untuk menyedut balik air untuk dikumpulkan.


Manusia pun, selepas menangis, dia akan menjadi lebih bersedia untuk berhadapan dengan setiap kesusahan yang dihadapi. Hatinya yang lembut itu tetap akan terus lembut. Namun, daya kekuatannya untuk menahan beban di dalamnya akan bertambah, membuatkan dirinya lebih kuat dan tabah."


Kakaknya memandang mata Adiknya. Khusyuk si Adik mendengar, tapi, tak tahulah kalau Adiknya faham atau tidak mesej yang disampaikan itu.


"Jadikan Kak, kalau bumi, awan itu macam hati manusia. Sama juga manusia, hati dia tu macam awan. Sama-sama akan menyedut, tapi lain-lain apa yang disedut. Dan dua-dua akan lepaskan apa yang disedut itu, melalui air. Kalau awan, melalui hujan. Kalau manusia lak, menangis. Tapi kan Kak....."


Si Kakak menanti sambungan kata-kata Adiknya.


"Kenapa Kakak menangis ye setiap kali tolong Ibu masak? Memang tolong Ibu masak tu susah ye?"


Tergelak besar Kakak. Dan kali ini, gelak tawa Kakak disambut oleh gelak si Ibu.


"Tu namanya bukan menangis Adik. Kakak awak tu tak tahan dengan bawang. Setiap kali kupas bawang, berair mata. Asal kupas bawang, berair mata." Sambut si Ibu, dengan membawa dua mug berisi air Milo panas.


"Adik. Adik. Nanti Adik besar sikit tolonglah Ibu kupas bawang kat dapur. Rasa macam mana pedihnya mata masa kupas bawang. Yang tu cerita dia lain pula Adik. Nanti masa Kakak tolong Ibu kat dapur, Kakak cerita kenapa Kakak berair mata masa kupas bawang.


Ibu, terima kasih untuk air Milo panas. Kakak baru terfikir nak bancuh tadi. Sekali Adik tahan Kakak kat sini."


"Tak apa. Kebetulan Ibu pun ralit dengar cerita Kakak kat Adik tadi. Ni Adik faham tak apa yang Kakak cerita panjang dari tadi?"


"Errmmm. Ada yang faham. Ada yang tak. Tak apa, yang Adik tahu, orang yang menangis tu bukan orang yang lemah. Hehe."


"InsyaAllah, sampai masanya nanti, Adik akan faham. Apabila Adik dah besar macam Kakak, Adik akan faham dengan sendirinya setiap apa yang Kakak ceritakan ni," pesan Ibu kepada Adik.


Adik mengangguk. Milo panas mula dihirup perlahan. Alhamdulillah, nikmat rasanya dapat minum Milo panas waktu-waktu macam ni.


Hujan yang lebat tadi sudah berhenti. Matahari mula memancarkan semula cahayanya. Dan di balik cahaya itu,


"Kakak, tengok tu, ada pelangi."






Adik menunjukkan pelangi kepada Kakak. Lebar senyuman Adik dapat menyaksikan pelangi yang jarang sekali dapat dilihat.


"Kakak, masa hujan, kat luar nampak kelabu. Mendung je. Tapi apabila hujan dah berhenti, matahari keluar sekali dengan pelangi yang ada tujuh warna. Cantikkan alam selepas hujan."


Dengan penuh ceria Adiknya menyampaikan apa yang ada dalam fikirannya. Kakak tersenyum.


Subhanallah. Tidak Allah menciptakan sesuatu itu, tanpa sebabnya. Setiap sesuatu ciptaan itu mempunyai peranannya yang telah ditetapkan Allah. Ada pelangi setelah awan menangis.


"Moga Adik membesar menjadi muslimah yang tabah. Muslimah yang kuat. Muslimah yang tetap lembut hatinya. InsyaAllah. Moga Allah sentiasa melindungimu, wahai Adikku sayang."



Cerpen ditulis oleh Fatin Hamiza Binti Mohd Nasir.

Posted in , , | 2 Comments

Aku risau ditambah dengan sedih ~

Assalamualaikum dan Selamat Malam ^_^



Harini aku rasa macam nak luahkan perasaan sikit. Bukan pasal cinta ke apa, tapi hal semasa yang tengah berlaku sekarang. Wa Allahu 'alam..

Huh.... sebenarnya..sebenarnya...aku risau. Aku Risau sebab agama Islam makin dipermain-mainkan. Allah... Tak takut ke dengan azab yang sudah Allah janjikan untuk mereka yang mempermainkan agama-Nya. Ni bukan agama manusia yang cipta, ni agama Tuhan kita, Allah Rabbul 'Izzati. Tak takut ke sana sini memperlekehkan agama Allah? Tak takut dengan azab Allah ke? Ingat sebab kita tak boleh nampak Allah, kita boleh melawak dengan bermodalkan agama Dia?


Ingatlah, azab yang Allah janjikan bukan macam janji yang dibuat oleh manusia. Janji Allah itu pasti, bukan seperti janji manusia yang boleh dimungkiri. Kalau kulit terkena percikan minyak panas, kulit kita akan rasa sakit kan ? Kalau yang sikit pun dah rasa sakit, bayangkan nak menanggung azab api neraka Allah yang maha dahsyat untuk berjuta tahun lamanya. Allah...


Aku sedih. Sebab melihatkan yang bergurau dengan modal agama ni adalah orang Islam sendiri. Islam pada nama ? Islam pada ic ? Atau Islam pada hati ? Anda jawab sendiri...


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " 

Surah At-Taubah ayat 129 

Posted in , , | 1 Comment

Kita layak ke untuk menjadi seorang Khalifah ?


Assalamualaikum, Korang apa khabar? Mesti sihat kan? Alhamdulillah kalau sihat. Kalau tak sihat tu teruskan lah makan ubat yaa. InsyaAllah sihat lah tu. Kita hanya usaha untuk sihat tapi Allah yang memberi kesihatan pada kita.. Dah lama sebenarnya aku tak menaip sediri dekat blog aku ni, asyik busy je dengan aktiviti sekolah. Sedih betul...

Hah ! Semalam hari rabu 11/7/2012 pada pukul 9.50 pagi dekat sekolah aku masa tu aku tengah belajar subjek sejarah, subjek favorite aku ni.. Hehehee.. Masa waktu sejarah ni kelas aku baru je masuk bab baru  bab 6 iaitu Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya muka surat 141 buku sejarah tingkatan4, kelas aku baru je belajar pasal Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin.

Aku bukan nak ajar korang sejarah ke apa aku cuma nak kongsikan adakah kita layak untuk menjadi seorang khalifah ? Aku cuba nak kongsi ciri-ciri seseorang untuk menjadi khalifah. Sebenarnya sejak kita lahir lagi kita dah digelarkan seorang khalifah, cuma kita sendiri je yang membentuknya. 

Semasa waktu sejarah ni cikgu tengok kelas aku macam mengantuk je maklumlah baru lepas subjek add maths, letih berfikir agaknya. Mata aku pun agak layu juga. Tiba-tiba cikgu sejarah aku suruh semua pelajar berdiri bukan sebab kena denda or apa cuma cikgu nak bagi kita exercise sikit taknak bagi mengantuk dan cikgu nak ajar cara mudah apakah ciri yang perlu ada bagi seorang Khalifah.

Lepas semua pelajar dah berdiri cikgu mula lah bagitau ciri pertama untuk menjadi seorang khalifah iaitu Lelaki yang Merdeka, habis setengah pelajar dari kelas aku duduk sebab mereka berstatus "kaum hawa". Tinggal lah dalam 12-13 pelajar lelaki yang tinggal. Cikgu bagitau lagi ciri yang kedua iaitu Beragama islam, boleh dikatakan semua orang duduk dan hanya tinggal 4 orang je lelaki dan yang beragama islam yang berdiri. Kelas aku ni lelaki tak ramai orang islam sangat, ada lah dalam 5-6 orang je. Tapi dua orang tak datang. Ciri yang ketiga pula, seorang yang memiliki pengetahuan tentang islam. Alhamdulillah kami berempat masih lagi berdiri. 

Ciri keempat pula, cikgu sejarah aku dah start tutup muka dengan tangan dia tak sanggup nak tengok adakah aku dan 3 kawan aku seorang yang mematuhi perintah Allah. Cikgu aku buka tangan dia dan kami berempat masih lagi berdiri. Ciri yang kelima pula, Seseorang itu mestilah sanggup melaksanakan hukam Allah,bersifat Adil dan mempunyai akhlak yang baik. InsyaAllah, kalau Allah memberi peluang kepada aku untuk menjadi seorang pemimpin akan aku laksanakan segala perintah Allah yang sudah tertulis didalam Al-Quran sejak zaman dulu lagi. Ciri yang keenam pula ialah  seseorang mestilah mempunyai tubuh yang sihat dan sempurna. Kami berempat masih berdiri lagi, badan semua tough-2 je dan aktif dalam koko pula tu dan ciri yang ketujuh ialah memiliki fikiran yang cerdas. 

Dan ciri yang kelapan pula cikgu dah kata awal-awal dah mesti takda seorang pun yang akan still berdiri iaitu Waraq. Apa itu waraq ? Waraq bermaksud seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Habis semua, kami berempat terus duduk. Kami tak layak lah digelar waraq. Kami masih lagi tak dapat melawan godaan nafsu yang kadang-kadang nafsu sendiri yang kawal kita. Dan yang terakhir, yang kesembilan iaitu pandai mentadbir sesebuah kerajaan. Ni lagi lah aku tak mampu. Nak jaga satu kelas pun tak mampu, ni nak jaga satu kerajaan. Lagi lah tak tau apa akan jadi nanti.

Ini lah sembilan ciri seseorang untuk menjadi Pemimpin di sesebuah negara. Adakah kita layak untuk memimpin sebuah negara seperti Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ? Mampu ke kita ? Jangan  cakap negara je keluarga kita ? Adakah kita sudah memimpin keluarga kita sebaik mungkin ? Dan menyuruh anak-anak kita mematuhi perintah Allah ? Sama-sama lah kita bermuhasabah diri untuk menjadi orang yang berguna di sisi Allah. InsyaAllah. 

Sampai disini sahaja aku menaip, kalau ada salah silap or info sila bagi tau yaa. InsyaAllah esok aku menulis lagi ya dekat blog ni. Tinggal lapan hari je Ramdhan menanti kita. Semoga kita bersiap sedia untuk berjumpa bulan Ramadhan. InsyaAllah.. Bye semuaa.. Assalamualaikum. Terima kasih singgah membaca :D

Posted in , , , | Leave a comment

Early Stage of A New Relationship : Menerima Perangai Pasangan

Assalamualaikum


Siapa kat sini yang pernah bercinta kurang atau sekitar satu bulan je? Tak kisah lah cyber love ke, pena love ke apa ke. Yang penting sekejap je hubungan tu. Iye lah. Masa mula-mula bercinta dulu, rasa macam awesome gila. Rasa macam heaven je. Bila ada kawan-kawan sebut nama si dia, hati terus berbunga-bunga. Bibir terus tersenyum. Nak cuba jugak tahan senyum tu tapi tak termampu. Biasalah, awal bercinta kan. Semua nya dirasakan macam berada dalam novel dan movie romantis je. 

But then, bila dah dua minggu melalui keindahan pelangi di puncak awan, guruh dan petir mula sampai nak cari pasal. Well, ni adalah time korang lovebirds bergaduh dengan pasangan masing-masing buat pertama kalinya. Masa ni lah baru si lelaki tahu betapa annoyingnya si dia bila merajuk. Call 50 kali tak angkat. Hantar SMS, tak reply. Bukak Facebook kena block. And si perempuan pulak, ni lah time dimana hilang semua Prince Charming si dia. Kehenseman semua hilang. Ke-cool-an pun hilang juga. Apa yang ada hanyalah baran dan ayat makian dari si lelaki.

Kenapa semua ni berlaku? Yeah, sebab bosan. But then, kenapa bosan? Sebab dia sebenarnya tak sesuai untuk kau? Not really. Cinta boleh di pupuk you know. Tak kira lah betapa peliknya perangai pasangan anda, tapi kalau dah ada usaha dan cinta, sure akan terpikat juga. Ini adalah konsep yang di amalkan oleh pasangan yang bercinta selepas kahwin. Anak-anak muda sekarang, bila bercinta and dapati si perempuan tu macam out of taste, si lelaki terus tinggalkan. Tapi dalam case bercinta selepas kahwin or berkahwin dengan pilihan keluargan; seteruk mana pun perangai isteri/suami korang, korang kena stay in that relationship sebab korang dah berkahwin. And cara ni secara tak langsung ianya akan memaksa korang untuk terpikat dan menerima segala kekurangan pasangan kan?

Compromise dengan Kekurangan / Bad Habits / Sifat Buruk dia. 

Setiap orang akan ada perangai dan sikap buruk masing-masing. Ada yang suka makan sambil bercakap, ada yang suka gelak macam langsuir dan ada yang suka buat lawak hambar. Dia cerita lawak yang tak kelakar kat orang, tapi dia yang dok sibuk gelak. But as long kita nak stay in relationship dengan si dia, kita mesti lah belajar menerima not only kekurangan but also keburukan sifat dia. There is a story about this you know. Every now and then, semua orang suka permulaan perhubungan di mana semuanya amat indah.  Tapi secara slow-slow, korang akan perasan beberapa habits yang akan buat korang rasa annoying dengan pasangan tu.

Kalau masa mula-mula bercinta, tengok si dia makan dengan makanan penuh dimulut macam awek Korea, korang akan rasa comelll je. Tapi sekarang, kalau tengok si dia makan dengan makanan penuh di mulut, sure rasa macam nak tampar pipi tu kasi keluar balik semua makanan. Kalau dulu masa mula-mulu bercinta, sure rasa sweet je si dia buat suara baby pelat manja-manja. Tapi bila sekarang, dia buat suara macam tu sure rasa macam nak kaki je. Lagi-lagi kalau yang buat suara pelat tu adalah lelaki.

Well, most of us, ingin kan pasangan yang perfect. Tapi korang kena ingat,

Pasangan yang perfect tak bermaksud pasangan yang ideal.

Kekurangan dan kelebihan akan selalu melengkapi. Korang tahu tu kan?

So, kalau kita rasa annoying dengan perangai pasangan kita, apa yang kita patut buat? Patut ke kita ubah perangai dia?


Macam yang aku dah cakap kat atas, tadi, setiap orang ada sikap buruk dia kan? So, here is the deal, kau ada sikap buruk yang dia tak suka dan dia ada sikap buruk yang kau tak suka. And then, kalau kau nak ubah sikap dan perangan dia, adakah kau pun willing untuk kasi dia ubah perangai kau?

Andai kata kalau korang start berdialog
Suami       : Bayyybiee. Baybiee tengah masak apew tueww.
Isteri         : Eww. Kenapa cakap macam tu? Annoying gila.
Suami       : Iye keww annoyingww. Bukan kew baybiee suka keww. :D
Isteri    : *Mengeluh* We need to talk.*Isteri memandang suami sambil membasuh dan mengelap tangannya*
Suami      : Tapiw saye tak curang pownn :(
Isteri       : Awak tahu tak saya rasa annoying gila dengan awak? Nak nak bila awak ber mushy-mushy bajet manja macam tu?
Suami      : Tapi...
Isteri        : Cukup! Cukup dengan semua ini. Tidak ada tapi-tapi lagi!
Suami      : Tapi awak tu, bila buang air dalam tandas, tak pernah reti tutup pintu. Annoying jugak.
Isteri        : Eeeee. Apa kena mengenanya? Lagi pun saya baca dalam majalah, lelaki suka je?
Suami      : Well, itu lelaki lain. Not me. Duh.

Nampak tak? Nampak tak permainan dia disitu? Once kau cuba untuk tukar perangai or bad habit si pasangan, si pasangan pun akan buat benda yang serupa. 

Perangai Buruk vs Kekurangan vs Jahat.
Pernah tak korang terfikir apa beza antara perangai yang teruk, kekurangan yang nyata dan jahat? Most of us sedia tahu tentang apa itu kekurangan. Tapi ramai je yang salah faham dengan perangai buruk dan sifat jahat. Sebenarnya dua benda ni adalah amat berbezaPernah tak masa korang jalan-jalan sambil cuci mata melihat mamat indon dan bangla yang wangi korang nampak diaorang asyik dok kacau gadis-gadis ditepi jalan. Bukan kacau teruk sangat pun. Kacau gitu-gitu je. Buat bunyik "Swiiiit. Swiiit. Haii". Well yeah, the perangai is a lil bad. Tapi tak lagi masuk ke bahagian jahat. So, a lil harmless flirt tak jadi masalah kan?

For your information, bad habits, kalau ianya bertentangan dengan adab dan Islam, then ianya patut di ubah. Anda patut marah kat pasangan korang tu. Kalau dia buat tak layan, kau try buat muka garang sikit. Lelaki ni sebenarnya takut kalau orang yang dia sayang marah. Okay maybe tak. Tapi boleh cuba. Sebab ianya adalah normal bila seseorang tu berubah jadi lebih baik untuk pasangan dia. More to love, right?


And kalau korang really nak stay dengan dia for the rest of your life, then better korang belajar bertolak ansur dengan semua perangai dia. Korang boleh belajar tolak ansur dengan hampir semua perangai buruk seseorang KECUALI kalau si lelaki adalah jenis suka pukul pasangan. There is no reason lelaki boleh pukul perempuan di dalam dunia ni, unless of course that bitch slept with someone else. I am not saying dia patut di pukul, buat dia deserve it. You know, nak masuk mahkahmah takes time. Or, easiest way, just tinggalkan dia. Banyak lagi gadis comel di luar sana. You just need to a new love. Might be hard but, good luck.

Artikel asal dari Terfaktab

Posted in , , , , | 1 Comment

Bukan semua orang "Berani"

"Akak kata, you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out - tapi saya tak berani. saya ada lukakan hati 'orang tu' and now he's gone :'\ "
[Soalan dari Formspring]


Bukan semua orang berani untuk cakap;
"Aku sayang kau."

Bukan semua orang ada kekuatan untuk beritahu;
"Kau dah guris hati aku tadi. Kau sedar tak?"

dan bukan semua orang boleh tolak ego dia ke bawah dan bilang;
"Aku salah tadi. Aku minta maaf"

Hidup dengan menyimpan perasaan sendiri adalah tidak kena bagi aku. Kita suka, tapi kita tak berani untuk cakap. Kita takut berdepan dengan penolakan. Rela lah disimpan perasaan sendiri, membuang masa menanti yang tak pasti. 

Hidup dengan menelan perasaan sendiri adalah menyakitkan untuk aku. Disakiti lagi dan lagi. Kadang kadang, orang tak sedar bahawa dia telah menyakitkan hati kita. Kadang kadang orang ingat perbuatan dia biasa saja, tidak akan memberi kesan. Itu apa yang orang ingat, bukan apa yang kita rasa. Kalau kita tak beritahu pada orang apa yang kita rasa, macam mana orang nak tahu? Kau ingat semua orang ada kuasa telepati? Boleh baca isi hati dengan mudah mudah? Kalau sakit hati, kau bilang ! Moga moga di hari yang akan datang tidak diulang. 

Hidup dalam rasa bersalah adalah terpaling tidak enak serasa aku. Kita tahu kita bersalah, kemudian kita buat tak peduli dengan salah kita. Tidak ambil pusing akan sakit hati dia. Manusia, kalau berulang ulang merasa luka di tempat yang serupa, terpaksa memujuk hati sendiri pula, lama lama dia akan penat. Bila dia penat, dia akan pergi. 

Hidup kita macam roda. Sekejap di jalan rata, sekejap di atas kerikil. No matter what, we have to move on. Kalau pun lecak, kau langgar saja. Nanti akan terjumpa juga air di depan buat mencuci kotor. 

Sumber : Dari blog SK 

Posted in , , , | 1 Comment

#3 Khutbah Jumaat : Kelebihan Bulan Sya'ban


Marilah kita bersama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT den mencari keuntungan yang ada pada bulan Sya'ban ini. Kerana bulan Sya'ban ini adalah bulan yang ramai orang lalai pada bulan ini. Dinamakan bulan Sya'ban kerana bulan ini banyak mempunyai kebaikkan dan kebajikan yang tedapat pada bulan ini.

Perhitungan amalan iaitu hisab manusia dilakukan oleh Allah SWT dengan beberapa cara yang telah dijelaskan didalam Al-Quran.

  • Perhitungan amalan itu dihisab melalui soaljawab dengan Allah SWT yang ditanya-NYA apa yang kita lakukan didunia.
"Demi Tuhanmu, kami pasti akan menyoal mereka apa yang mereka telah lakukan"  - Surah Al-Hijr ayat 93
  • Kitab amalan kita yang dicatik oleh malaikat-malaikat tertentu yang mencatit segalan perkara baik dan buruk yang telak kita lakukan didunia.
  • Perhitungan amalan selain kitab catatan, Allah SWT akan menayangkan semula segala perlakuan kita sepanjang hayat kita didunia.

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka." - Surah Al-Zalzalah ayat ke 6

  • Perhitungankita akan dihisab melalui timbangan. Timbangan yang berat akan kita mendapat kemenangan untuk masuk ke syurga Allah dan timbangan yang buruk akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka Allah.


Dengan penerangan tentang cara kita dihisab kelak, ini kerana bulan Sya'ban yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada rabbul ‘alamin. Dan aku menyukai amalan aku diangkat, sedangkan aku dalam keadaan berpuasa.”(HR. Nasa’i).



Jadi janganlah kita menunggu Ramdhan untuk kita bertaubat kepada Allah, janganlah hanya kita menunggu Ramadhan untuk kita memperbanyakkan membaca Al-Quran, janganlah hanya kita menuggu Ramdhan untuk kita solat subuh diawal waktu. Jadikanlah juga pada bulan Sya'ban yang dimana bulan yang akan diangkat amalan kita untuk dihisab oleh Allah SWT sebagai bulan ibadah.

Contoh amalan yang sering dilakukan oleh para ulama dan merupakan sunnah Rasulullah pada bulan Sya'ban:

  1. Berpuasa sunat.
  2. Sentiasa beristighfar
  3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan bersedekah
  4. Memperbanyakkan bertaubat dan meninggalkan segala amalan yang buruk.
Anda boleh dengar khutbah penuh disini :


Posted in , , | Leave a comment

Mereka Mungkin Ahli Syurga


Mesti korang pernah jumpa atau nampak pekerja-pekerja\orang-orang macam gambar diataskan ? Sebenarnya Syahir nak kongsikan sedikit cerita tentang masalah masyarakat orang Malaysia yang menghina, mengejek dan memandang rendah kepada mereka. Tapi kenapa eh ? Apa salah mereka ? Cuba tanya diri kamu sendiri jika kamu salah seorang yang membencikan mereka. Mungkin dimata manusia pekerjaan mereka dipandang hina tetapi daripada pandangan Allah SWT ibadah mereka ini sangatlah mulia.

Mereka juga mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Mereka juga salah seorang yang bertungkus lumus untuk membersihkan alam sekitar, dan cuba bayangkan tanpa mereka mesti permasalahan sampah dan bau busuk berleluasakan ? Mereka juga mampu merendahkan diri untuk bekerja dibawah sektor ini untuk menyara keluarga mereka dan memberi manfaat kepada masyarakat yang merupakan sebahagian daripada islam.

Pernah tak anda membantu mereka, menegor mereka, mengembirakan mereka atau memberi salam kepada mereka ? Walaupun korang menganggap isu ini kecil tetapi tanpa mereka pasti sukar hidup harian kita.

Sedikit cerita yang diambil dari ILuvIslam.


Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat.

Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.

Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya.

Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!

"Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan oleh Allah gambaran syurga dan neraka, dan ia dapati bahawa penghuni syurga yang paling ramai adalah terdiri dari golongan orang-orang miskin atau orang-orang yang tidak berharta, sedangkan penghuni neraka yang paling ramai adalah terdiri daripada kaum wanita."

Posted in , , | 2 Comments

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.