Pokok kaktus ku yang sedang berbunga |
Yeaaa !Cuti dah bermula ! Dapat lah rehatkan diri sekejap sebelum sambung balik exam yang berbaki lagi 7papers iaitu kimia kertas 3, fizik kertas 3, agama kertas 1/2, sejarah kertas 3, pjk dengan sivik... Haishh. Dua subjek terakhir tu. perlu belajar juga ke ? Tapi tak belajar pun boleh dapat A apa. Hahaha. Tahun ni final exam JPS buat kertas soalan. Agak susah sikit. Doa kan saya dapat jawab exam dengan tenang dan dapat keputusan yang cemerlang ya.. AMIN ! Harini hari rabu esok hari khamis, esoknya pulak hari jumaat. Hah, tau tak hari jumaat tu ada apa ? tau tak ? Ayokk ! tak tau eh ? Hari jumaat nanti 26/10/2012 bersamaan 11 Zulhijjah 1433 Hijriah tu hari Raya Aidiladha. Hah, ingat dah ? Korang ada ambil bahagian buat korban sekali ? Alhamdullah kalau buat. Tahniah ! Hah ! Jangan lupa esok hari khamis puasa sunat hari Arafah yaa..
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)Hah, besar tu ganjaran dia. Bukan senang nak dapat. Hahaha.. Ok lah.. Tak tau nak menaip apa lagi.. Bye..byee... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tak jawab dosa, Kalau jawab sayang !