Archive for May 2012

Cuti ?

Assalamualaikum semua !!

Apa khabar semua pembaca ? Sihat tak, mesti sihat kan? Syahir Alhamdulillah sihat.. Sekarang ni dah masuk mid term punya cuti, tapi cuti ni duduk rumah je. Sepanjang hari tak buat apa. Sedih.. :(

Sekarang ni dah masuk hari ke-6 cuti.. Tinggal seminggu je tinggal. Waahh ! Cepatnya masa berlalu.. Syahir tengok di twitter, facebook orang dah mula cakap bosan. Ada yang cakap "nak pergi sekolah !!" Haha~ Ni lah manusia, bila sekolah nak cuti, bila cuti nak sekolah. Sebenarnya kalau cuti ni taknak bagi rasa bosan kita kena penuh kan dengan aktiviti, baru rasa cuti kita ni bermakna. Ni 24/7 duduk dekat rumah menghadap komputer je, mana lah tak bosan kan ? Buat benda sama je setiap hari. *Hahaha~ Syahir lah tu. So apa aktiviti korang? Ni aktiviti syahir..

  1. Tidur
  2. Makan
  3. Solat
  4. Main game
  5. Siapkan homework *banyak weh!! :(
  6. Twitter
  7. Facebook
  8. Blogging
  9. Tengok tv
Hahaha. lifeless je kan ? Tak tau nak buat apa. Nak keluar dengan kawan semua busy, ada yang pergi kem, pergi holiday dengan family.. Wahh ! Jealousnyaa ! Syahir baru nak berjinak dengan cerita korea sebenarnya, semalam baru 1st time tengok running man.. Not bad lah.. boleh buat ketawa, boleh hilangkan stress. Arrrghhh ! Bosan ! Bila bosan je syahir mesti tweeting or stalking pastu sakit hati.. Haha ~ So, what about you guys and girls ? Sama juga ke ? Ok lah, rasa sampai sini je.. Byee ! Assalamualaikum ! :)


Posted in , , | Leave a comment

Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran



Korang mesti nak berjaya dalam dunia dan di akhiratkan ? Ini beberapa cara yang terdapat dalam Al-Quran untuk kita ambil dan praktikkan untuk kita menjadi pelajar yang cemerlang.

  1. Beriman, percaya kepada Allah SWT.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]


Iman merupakan faktor utama kejaya. Dengan mempunyai iman yang tinggi terhadap Allah SWT dapat melahirkan sifat yang positif dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

    2. Fokus sepenuh hati terhadap sesuatu benda.

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Fokus dalam dalam sesuatu perkara amat lah penting sehingga dikatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Jadi lakukanlah dengan sepenuh hati dan bukan sambil lewa.

Posted in , | Leave a comment

Salam Perkenalan..



ASSALAMUALAIKUM !

Lama sebenarnya aku tinggalkan blogger ni. Sebab dulu aku guna domain berbayar, tu pun tak update mana sebab tahun exam. So sekarang domain tu dah expired aku kembali balik pada free domain. Nama aku Muhammad Syahir Afiq Bin Mohd Yusoff, korang boleh panggil aku Syahir, Afiq, AA (nickname aku) atau apa-apa jelah, janji jangan nama yang merapu. Aku tubuhkan blog ni untuk kongsi ilmu aku dan kongsi apa yang berlaku di sekeliling aku, InsyaAllah. Aku sebenarnya masih belajar, baru je tingkatan4. Orang cakap tingkatan 4 "Honeymoon year" tapi tidak sama sekali, time form4 lah kita kena backup semua yang apa kita belajar untuk ready for SPM .. Ok lah sampai sini sahaja, kalau ada apa2 komen or cadangan silalah comment or email pada aku. Aku bab blog ni takda lah mahir sangat. Kalau aku ada buat salah, silap ke, tegur lah aku. Manusia sentiasa tak dapat elak daripada melakukan kesalahan. Akhir kata..
"TOLONG JAGA TEPI KAIN AKU"
Assalamualaikum

Posted in , | 3 Comments

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.