Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran



Korang mesti nak berjaya dalam dunia dan di akhiratkan ? Ini beberapa cara yang terdapat dalam Al-Quran untuk kita ambil dan praktikkan untuk kita menjadi pelajar yang cemerlang.

  1. Beriman, percaya kepada Allah SWT.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]


Iman merupakan faktor utama kejaya. Dengan mempunyai iman yang tinggi terhadap Allah SWT dapat melahirkan sifat yang positif dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

    2. Fokus sepenuh hati terhadap sesuatu benda.

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Fokus dalam dalam sesuatu perkara amat lah penting sehingga dikatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Jadi lakukanlah dengan sepenuh hati dan bukan sambil lewa.

   3. Mengutamakan apa yang utama.

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia." [23:3]

Mengutamakan apa yang utama boleh dikatakan seperti kita dalam keadaan ingin mengambil pepereksaan yang penuh dengan tekanan. Mesti kita rasa ingin merehatkan minda kita dari tekanan dengan dengan hiburan, menonton tv, berfacebook dan sebagainya sehinggi masa rehat kita melebihi daripada masa untuk kita belajar.

Sebaik-baiknya kita menggunakan masa untuk belajar dan melakukan perkara yang berfaedah seperti melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah jiwa kita akan lebih dekat dengan Allah SWT dan Allah SWT akan memudahkan urusan kita.

    4. Jaga pergaulan diantara lelaki dan perempaun.

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Selalunya orang menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas antara lelaki dan perempaun yang bukan mahram. Contohnya seperti study berdua-duaan, kemudia pulang rumah berdua-duan dan jika kita menghadapi tekanan je mesti nak mengadu atau berchatting dengan kawan lelaki mahupun perempuan.

Padahal Allah SWT sentiasa ada bersama kita untuk menolong, melindungi walaupun kita dalam keadaan susah ataupun senang jika kita mencari dan meminta kepada-Nya.

    5. Bersikap jujur dan amanah.

"dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." [23:8]

Sejak dialam rahim lagi kita sudah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan oleh-Nya kepada kita sebagai tempat untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat nanti.

  6. Tepati waktu.

"dan orang-orang yang memelihara solatnya(di awal waktu)." [23:9]

Menjadi pelajar Muslim yang berjaya kita mestilah sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lingah dan menjaga kualiti pembelajaran kita. Tetapi kita janganlah hanya mementingkan akedemik, kerena apa yang dikatakan oleh Allah SWT didalam Al-Quran supaya untuk kita mendekatkan diri kita kepada-Nya dengan amalan kita, bukan dengan berapa ijazah yang kita perolehi.Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.


"Selamat membaca dan selamat beramal. Semoga kejayaan dan cemerlang yang dicapai menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur dan dekat pada-Nya"




Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.