Archive for November 2012

Sebutir Peluru Untuk Israel.

Save our Palestine !
"Weh ! Kau tahu tak, setiap akaun facebook yang di register ni seolah-olah seperti mendermakan sebutir peluru kepada israel tahu tak !" Ameer bin Malik berhujah sambil menyelak surat khabar The Star. Iman yang sedang khusuk melayari laman sosial facebook di meja belajar di rumah sewa mereka tersentap seketika. Makan dalam betul kata-kata Ameer itu sehingga Iman berasa tersentak.

"Mana lah kau dapat tahu cerita ni Am.." Iman pandang muka Am  dengan wajah yang berkerut. "Pasal Israel ni kau jangan buat main-main Am, sensitif woi !"

"Cikgu aku yang cakap, betul lah kot." balas Ameer pendek sambil menghirup kopi Starbucks yang selalu dibelinya  setiap minggu. Kadang-kadang setiap hari dia beli. Ketagihan dia pada kopi memang kuat. Setiap pagi kopi adalah minuman wajib buatnya membasahkan ususnya, Kopi adalah sumber kekuatan baginya untuk memulakan hari dengan lebih cergas. Tanpa kopi, dia jadi lemah. Tanpa kopi dia lembik macam tak makan sebulan.

Iman diam seketika. Selepas itu dia bersuara, "Kau tau tak Am ! "

"Hah. apa dia ?" Ameer bin Malik menunggu sambungan kata daripada Iman.

"Setiap hirup kopi yang kau selalu beli dekat Starbucks tu seolah-olah seperti menderma sebiji kereta kebal kepada Israel !" Iman membalas balik hujah Ameer sebentar tadi. Penuh semangat dia berkata-kata.

Ameer tersedak. Habis bersembur kopi Starbucks-nya ke muka aku. Cilaka betul. Am terasa seperti batu jatuh di mukanya dengan kata-kata Iman tadi.

"Hahahahaaha ! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia pun sama..."

******

Marilah kita sama-sama mendoakan umat Islam di Palestine sekarang yang tidak berdosa dibunuh oleh tentera Israel. #PrayForGaza !

Posted in , , , , , , | Leave a comment

Bukan Cinta Namanya

 
Bukan pelangi namanya jika berwarna satu.
Bukan mentari namanya jika sinarnya gelita.
Bukan sungai namanya jita airnya tak mengalir.
Bukan pantai namanya jika pasirnya tak berselerak.

Bukan cinta namanya jika dihati tak pernah terguris
Bukan kekasih namanya jika tak pernah cemburu.
Bukan cinta namanya jika air mata tak pernah menitis.
Bukan pencinta namanya jika tak pernah merindu.

Posted in , , , , , | Leave a comment

Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat


Sekarang ni ramai orang pandang remeh dengan rukun islam yang kedua iaitu solat. Mereka pandang solat ini seperti tiada apa-apa. Tiada yang penting bagi mereka, yang mereka tahu kejar dunia saja yang bersifat sementara ni. Adakah korang tau apa yang akan berlaku pada diri kita apabila kita meninggalkan solat. ? Sesungguhnya balasan sentiasa menunggu sesiapa yang meninggalkan solat. Harini Syahir nak kongsi sedikit apa balasan orang yang meninggalkan solat.

"Dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus" - Al-Bayyinah : 5
Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat itu merupakan tiang agama, barang siapa yang mendirikannya sesungguhnya dia mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya maka seolah-olah dia meruntuhkan agama"

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda :
"Barang siapa yang meringan-ringakan solat dibalas ke atasnya lima belas seksaan, enam perkara ketika di dunia, tiga perkara ketika saat kematiannya, tiga perkara semasa di dalam kuburnya dan tiga lagi ketika bertemu Tuhannya.

Lalu para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah itu seksaan semasa di dunia ini?"

Baginda menjawab : 
  1. Allah akan mengambil keberkatan daripada usianya
  2. Allah akan mengambil pada rezekinya.
  3. Allah akan mengambil ciri(tanda) orang soleh pada mukanya
  4. Tidak terpelihara baginya agama Islam
  5. Setiap amalan yang dilakukannya di dunia tidak diberi ganjaran pahala
  6. Doanya tidak diangkat oleh malaikat ke langit.
Lalu sahabat bertanya lagi : "Apakah dia seksaan semasa matinya?'

Baginda menjawab : 
  1. Matinya dalam keadaan hina.
  2. Matinya dalam keadaan sangat lapar.
  3. Matinya dalam keadaan sangat dahaga sehinggakan jika dituang air yang ada di dunia ini sekalipun tidak akan menghilangkan dahaganya.
 Kemudian sahabat bertanya : "Apakah dia seksaan semasa di dalam kuburnya?"
 Nabi menjawab :
  1. Disempitkan oleh Allah kuburnya dan diperintah kepada malaikan agar menyeksanya sehingga hari kiamat.
  2. Diseksa oleh beberapa ekor ular yang dinamakan al-Syuja' al-Akra' dan kedua-dua matanya daripada api neraka.
  3. Diseksa oleh malaikat yang kukunya daripada besi kharasani dan panjang kukunya itu seumpama perjalanan sehari semalam. 
"Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat. Lalu al-Syuja'ul Akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi tujuh puluh hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi sehingga hari kiamat"

Sahabat bertanya lagi : "Apakah pula seksaan ketika bertemu Tuhannya?"

Baginda s.a.w. menjawab : 
  1. Allah memerintahkan malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulut dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap ke atas mukanya dan belakangnya.
Malaikat yang menghelanya berteriak: "Inilah balasan orang yang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka Saqar"

"Jika dijatuhkan rantai itu ke bumi nescaya terbakar seluruh muka bumi" - Riwayat Abdullah bin Abbas r.a

2. Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat
3. Tiada pilihan baginya selain mendapat seksaan yang teramat pedih.

Balasan bagi siapa yang melakukan solat : 

Dalam riwayat nabi : "Barang siapa solat subuh dengan berjemaah selama 40hari tanpa terlepas satu rakaatnya diberi oleh Allah baginya kebebasan daripada api neraka dan bebas daripada sifat munafik"

Fadilat solah : "Perumpamaan solat lima waktu ibarat sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumahmu, kamu telah mandi di dalamnya sebanyak lima kali sehari, maka adakah terlekat sebarang kekotoran." Para sahabat menjawab: "Tidak wahai Rasulullah." Nabi menjawab: "Demikian solat lima waktu itu yang sempurna membersihkan segala dosa."

Dengan itu serba sedikit balasan yang dikenakan kepada orang yang tidak melakukan solat. Mungkin kita akan terlepas daripada seksaan di dunia dan mendapat nikmat dunia dengan puasa, tapi ingatlah di akhirat nanti kita takkan terlepas daripada seksaanya. Sesungguhnya jika kita tergolong dari golongan yang meninggalkan solat atau merengan-rengankan solat kembalilah pada jalan yang lurus semula, memohon ampun dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyanya. Wallahualam.

Posted in , , , , , , , , | Leave a comment

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.