Sebutir Peluru Untuk Israel.

Save our Palestine !
"Weh ! Kau tahu tak, setiap akaun facebook yang di register ni seolah-olah seperti mendermakan sebutir peluru kepada israel tahu tak !" Ameer bin Malik berhujah sambil menyelak surat khabar The Star. Iman yang sedang khusuk melayari laman sosial facebook di meja belajar di rumah sewa mereka tersentap seketika. Makan dalam betul kata-kata Ameer itu sehingga Iman berasa tersentak.

"Mana lah kau dapat tahu cerita ni Am.." Iman pandang muka Am  dengan wajah yang berkerut. "Pasal Israel ni kau jangan buat main-main Am, sensitif woi !"

"Cikgu aku yang cakap, betul lah kot." balas Ameer pendek sambil menghirup kopi Starbucks yang selalu dibelinya  setiap minggu. Kadang-kadang setiap hari dia beli. Ketagihan dia pada kopi memang kuat. Setiap pagi kopi adalah minuman wajib buatnya membasahkan ususnya, Kopi adalah sumber kekuatan baginya untuk memulakan hari dengan lebih cergas. Tanpa kopi, dia jadi lemah. Tanpa kopi dia lembik macam tak makan sebulan.

Iman diam seketika. Selepas itu dia bersuara, "Kau tau tak Am ! "

"Hah. apa dia ?" Ameer bin Malik menunggu sambungan kata daripada Iman.

"Setiap hirup kopi yang kau selalu beli dekat Starbucks tu seolah-olah seperti menderma sebiji kereta kebal kepada Israel !" Iman membalas balik hujah Ameer sebentar tadi. Penuh semangat dia berkata-kata.

Ameer tersedak. Habis bersembur kopi Starbucks-nya ke muka aku. Cilaka betul. Am terasa seperti batu jatuh di mukanya dengan kata-kata Iman tadi.

"Hahahahaaha ! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia pun sama..."

******

Marilah kita sama-sama mendoakan umat Islam di Palestine sekarang yang tidak berdosa dibunuh oleh tentera Israel. #PrayForGaza !

Posted in , , , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.