Mereka Mungkin Ahli Syurga


Mesti korang pernah jumpa atau nampak pekerja-pekerja\orang-orang macam gambar diataskan ? Sebenarnya Syahir nak kongsikan sedikit cerita tentang masalah masyarakat orang Malaysia yang menghina, mengejek dan memandang rendah kepada mereka. Tapi kenapa eh ? Apa salah mereka ? Cuba tanya diri kamu sendiri jika kamu salah seorang yang membencikan mereka. Mungkin dimata manusia pekerjaan mereka dipandang hina tetapi daripada pandangan Allah SWT ibadah mereka ini sangatlah mulia.

Mereka juga mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Mereka juga salah seorang yang bertungkus lumus untuk membersihkan alam sekitar, dan cuba bayangkan tanpa mereka mesti permasalahan sampah dan bau busuk berleluasakan ? Mereka juga mampu merendahkan diri untuk bekerja dibawah sektor ini untuk menyara keluarga mereka dan memberi manfaat kepada masyarakat yang merupakan sebahagian daripada islam.

Pernah tak anda membantu mereka, menegor mereka, mengembirakan mereka atau memberi salam kepada mereka ? Walaupun korang menganggap isu ini kecil tetapi tanpa mereka pasti sukar hidup harian kita.

Sedikit cerita yang diambil dari ILuvIslam.


Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat.

Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.

Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya.

Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!

"Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan oleh Allah gambaran syurga dan neraka, dan ia dapati bahawa penghuni syurga yang paling ramai adalah terdiri dari golongan orang-orang miskin atau orang-orang yang tidak berharta, sedangkan penghuni neraka yang paling ramai adalah terdiri daripada kaum wanita."

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Mereka Mungkin Ahli Syurga

  1. saya setuju ... manusia seringkali melupakan rahmat dan kesenangan yg diberikan oleh allah sehingga mereka menghina org yg lebih rendah darjatnya daripada mereka

    ReplyDelete
  2. betul tu..kadang-kadang ada juga orang yang fikir diri dia tu bagus sangat sampai sanggup merendah-rendahkan diri orang lain..

    ReplyDelete

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.