#2 Khutbah Jumaat : Perjuangan Islam

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra’,17: 1)

Seorang contoh tokoh islam yang terkenal yang banyak berjasa pada umat islam dab banyak memperjuangkan islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW yang terkenal sejak dahulu lagi dengan sifat seorang yang amanah yang bercakap benar yang telah menceritakan tentang Israk dan Mikraj kepada umat di Makkah yang banyak ditentang oleh orang kafir dan beliau tidak pernah kenal erti letih untuk memperjuangkan Islam iaitu agama Allah SWT. Banyak ujian yang Allah SWT beri kepada Nabi Muhammad SAW yang diharungi tanpa alasan yang ingin mencuba mencari tempat baru untuk berdakwah di  Ta'if. Tetapi baginda ditentang kuat oleh penduduk Ta'if dengan mengejek baginda, memaki hamun dan membaling batu kepada Rasulullah sehingga menyebahkan badan baginda berlumuran darah.

"Islam bukannya agama yang membalas dendam, sebaliknya islam menyebarkan dakwah yang memerlukan pengorbanan sebelum datangnya kemenangan."

Kita sebagai umat yang bergelar islam harus turut sama kembali memperjuangkan islam yang sudah lemah sekarang. Umat islam dapat memperjuangkan islam hanya dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj baginda ada berjumpa dengan ahli neraka yang meninggalkan solat yang diberi balasan oleh Allah SWT dengan dia memecahkan kepala mereka sendiri. Marilah kita memenukah masjid yang semakin kosong kini, marilah kita memenuhkan masjid dan ini dapat melahirkan umat islam yang bertakwa dan dapat menjamin keselamatan di dunia dan akhirat.

"Syurga yang terbentang luas oleh Allah SWT, tetapi ramai yang tidak ingin memasukinya kerana ramai yang leka dengan nikmat dunia yang sementara."

Anda boleh mendengar khutbah penuh disini : 

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.