Hari pertama sekolah


Sedang aku duduk di atas sofa yang lembut sambil menonton televisyen tangan aku terasa gatal sangat untuk menaip, tak tau aku kenapa. Jadi sekarang ni baru aku ada masa untuk memuaskan nafsu aku itu. Hah ! Assalamualaikum, apa khabar semua orang ? Dalam keadaan sihat tak ? Mesti sihat kan ? InsyaAllah. 

Harini dah hari yang kelima aku sekolah bagi semester kedua. Apa perasaan korang ? Happy ? Sedih ?.. Happy ? Apa yang happy sangat tu ? kongsi lah sikit. Hah ! yang sedih tu kenapa pula ? Sebab result exam ke ? Atau putus cinta ? Oh, come on lah ! jangan lah sebab putus cinta pun nak sedih. "Kumbang bukan seekor kak, abang" Banyak lagi yang boleh kita pilih dekat luar sana, yang lebih baik pun ada. 

Hari isnin ialah hari pertama aku sekolah selepas dua minggu bercuti yang diisi dengan pelbagai aktiviti (aktiviti lah sangat). Macam biasa aku selalu bangun pukul 5.30pagi mandi dah terus bergegas pergi kesurau untuk solat subuh berjemaah. *Solat berjemaah itu 27kali ganda darjat daripada solat berseorangan* Selepas solat aku balik rumah untuk bersiap-siap pergi ke sekolah. Macam biasa aku akan tunggu mak Radzman unuk pergi ke sekolah dihadapan rumah encik Razak. Sampai saja aku dekat sekolah sudah pukul 7.20, time tu semua pelajar dah bergegas untuk beratur ikut tingkatan masing-masing. Dan haritu juga lah tingkatan 4 tukar tempat beratur dengan tingkatan 2. Aku rasa macam.. Argghh ! Kenapa perlu tukar cikgu ? Tapi nak buat macam manakan cikgu lebih berkuasa daripada pelajar. Selepas beratur dengan "teraturnya" *ceehhh... macam biasa perhimpunan dimulakan dengan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor sudah lah menyanyi tanpa muzik. Macam harem je, semua orang macam tak menyanyi je. Maklumlah letih cuti dua minggu kot.

Selepas beberapa orang guru memberi taklimat selepas tu giliran pengetua pula memberi "sepatah dua kata" tetapi macam beri ceramah pun ada. Selepas pengetua habis beri taklimat loceng pun berbunyi dan bersiap sedia untuk menyanyikan lagu sekolah dan terus masuk ke kelas. Subjek pertama kelas aku bm, takda cikgu lepas tu add math. Subjek yang paling "ramai" orang suka. Lepas tu loceng berbunyi menandakan kelas dah habis, masa untuk rehat. Aku hanya turun ke kantin dan melihat rakan-rakanku menjamu makanan yang dibeli mereka. Maklumlah, aku puasa hari tu. Bukan puasa ganti tapi puasa sunat. Bak kata lain nak jimat duit punya pasal aku sanggup berpuasa. Tapi memang sunnah nabi pun puasa Isnin dan khamis.

"Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi) 

Dipendekkan hari persekolahan aku tu aku membawa pulang result Biology sahaja sebab kebanyakkan cikgu tak datang. Result biology aku tu agaklah tersangat teruk sebab aku masih lagi tak biasa dengan cara menjawab SPM ni dan ada sikit penyakit malas yang membuatkan markah pepereksaan aku berkurangan. "Sebab tak belajar". Jadi menyesalah apa yang result korang dapat tu dan memuhasabahlah diri dan tanya diri kita macam mana kita boleh dapat result macam tu. Mungkin ilmu tak berkat atau cara belajar kau tak betul. Kalau macam aku masih lagi terikut-ikut cara belajar PMR tu yang result tak seberapa memuaskan. Ok lah, sampai disini sahaja aku menaip. 

Selamat Malamku ucapkan. 
Dibalasnya senyuman manja kepadaku...

Assalamualaikum :)

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Hari pertama sekolah

  1. teringat zaman sekolah dulu. rindu la pulak. anyw, all the best yea. jangan malas-malas :D

    ReplyDelete

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.