Showing posts with label InsyaAllah. Show all posts

Perniagaan Kita Dengan Allah S.W.T.


Tahun 2012 tak lama lagi akan melabuhkan tirainya dan akan masuk ke tahun masihi yang baru iaitu tahun 2013 tak lama lagi. Apakah yang kita sudah lakukan pada tahun 2012 ini. Adakah kita buat segala perintah Allah ? Ataupun kita leka meninggalkan suruhanNya. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita, kita ingat balik apa yang kita telah lakukan pada tahun 2012 ini. Ingatlah Muhasabah diri merupakah amalan para nabi, amalan para rasul yang terdahulu, amalam orang soleh yang terdahulu, mereka berjaya kerana amalan muhasabah diri yang selalu dilakukan oleh mereka.

Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."
Daripada takrif yang diberikan oleh Ibnu Qudamah ini kita perlu melihat keadaan keuntungan dan kita kena lihat keadaan kerugian kita untuk mengenal pasti penambahan amalan kita. Seperti dalam hal ehwal perniagaan. Sudah tentu ada modalnya, sudah tentu ada keuntungannya, sudah tentu ada kerugiannya. Maka apabila hampir di akhir tahun pihak akauntan akan melihat kembali apakah percapaian syarikat mereka pada tahun itu. Seperti juga dengan kita ini, kita perlu lihat dengan modal kita yang diberikan oleh Allah S.W.T iaitu kewajipan yang Allah S.W.T perintah kepada kita seperti solat fardhu, bayar zakat, puasa dan segala yang Allah menfardhukan kepada kita, itulah modal kita untuk kita masuk kedalam syurga Allah S.W.T.

Kita perlu melihat juga dalam konteks keuntungan iaitu perkara-perkara sunat yang telah di anjurkan oleh agama kita seperti solat sunat, puasa sunat dan segala perkara yang ditunjukkan oleh baginda nabi S.A.W. itu lah keuntungannya. Maka berbahagialah kepada sesiapa yang banyak melakukan perkara sunat ini yang banyak meraih keuntungan. Dan apabila kita bermuhasabah diri kita lihat lah apa keuntungan yang kita dapat pada tahun ini. Jika berkurangan keuntungan kita pada tahun ini, maka rugi lah kita pada tahun ini  
Wahai orang-orang yang beriman nakkah kamu jika Aku tunjukkanmu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kanmu daripada azab yang pedih? (Caranya ialah) Kamu beriman kepada Allah, kamu beriman kepada RasulNya, serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan nyawamu, yang demikian itu lebih baik bagi mu jika kamu mengetahui." - Surah As-Shaf, 10-11

Selain itu kita kena muhasabah dalam konteks kerugian kita iaitu larangan yang kita langgar, dosa yang kita lakukan kepada Allah S.W.T. Maka itulah kerugian yang kita lakukan pada tahun ini. 

Jadi marilah kita lihat apa yang kita telah lakukan pada tahun ini, cuba lah kita senaraikan apa yang kita lakukan pada tahun ini dengan apapun cara kita duduk pada suatu malam untuk kita bermuhasabah diri kita, lihat semula adakah kita guna semua modal yang diberikan, adakah kita mendapat keuntungan yang banyak. ataupun kita banyak melakukan kerugian. Maka dengan kita bermuhasabah diri pada tahun ini, maka kita tau apa yang kita telah lakukan pada tahun sebelum ini. InsyaAllah tahun baru yang akan datang, akan mendatangkan sinar baru pada diri kita untuk menjadi manusia yang lebih beriman.

Posted in , , , , , , , , , | 2 Comments

Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum, kedengaran suara takbir di corong televisyen. Itu maknanya esoknya pasti hari raya... Semua orang gembira sakan. Dapat jumpa saudara mara semua. Mesti best.. Esok umat islam di Malaysia akan menyambut hari raya Aidiladha, yang tak semeriah seperti hari raya Aidilfitri. Sepatutnya hari raya Aidiladha di utamakan baru Aidilfitri. Orang Malaysia je sambut hari raya Aidilfitri sampai sebulan, sepatutnya 1hari je. Aidiladha yang sepatutnya sambut 4hari orang buat macam ada tak ada je.. Semoga kita dapat mengubah kebiasaan rakyat Malaysia ni yaa.

Hah ! Hari raya Aidiladha, apa tu ? "Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT." dah ingat peristiwa ni ? Mesti korang dah tau kan. Syahir bukan nak cerita sangat apa pun. Sempena raya haji ni Syahir nak share sikit gambar Syahir menunaikan Umrah masa syahir tingkatan 2 (2010). Time ni tak matang lagi. Sedih...
*Tekan gambar untuk lebih jelas

Makanan yang di sediakan Yamen Airways

Dari Malaysia flight terus pergi ke Jeddah selepas tu naik bas lebih kurang 7jam sampai ke Madinah  kebetulan haritu hari Jumaat. Sampai hotel je terus siap-siap pergi solat jumaat. Hotel yang Syahir duduk tak jauh pun dari Masjid Nabawi dalam jarak 200m je. Boleh nampak dari cermin hotel.

Masjid al-Nabawi
Ladang Unta
Burung merpati
Pokok kurma

Travel Irna Yakin @ladang kurma
Selapas 5hari berada di Madinah kami semua siap sedia untuk tunaikan umrah pula, Dari Madinah terus ke Makkah. First time ingat Masjid al-Ahram ni keliling dia padang pasir, tapi bukan, keliling dia semua banggunan. Dengan zam zam tower nya. Maju betul Arab Saudi ni.




Pintu utama King Abdul Aziz
Makam Saidina Hamzah
Jabal rahmah
Ok lah, sampai sini sahaja lah. Ada banyak gambar lagi, Nanti Syahir update ya. Esok jangan lupa bangun pagi-pagi ada solat sunat raya Aidiladha. Disunat kan puasa sementara lepas solat sunat baru boleh makan. Semoga kita diberi peluang untuk menjejak kaki ke tanah haram satu hari nanti. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam diucapkan 

Posted in , , , , , , , | Leave a comment

Mereka Mungkin Ahli Syurga


Mesti korang pernah jumpa atau nampak pekerja-pekerja\orang-orang macam gambar diataskan ? Sebenarnya Syahir nak kongsikan sedikit cerita tentang masalah masyarakat orang Malaysia yang menghina, mengejek dan memandang rendah kepada mereka. Tapi kenapa eh ? Apa salah mereka ? Cuba tanya diri kamu sendiri jika kamu salah seorang yang membencikan mereka. Mungkin dimata manusia pekerjaan mereka dipandang hina tetapi daripada pandangan Allah SWT ibadah mereka ini sangatlah mulia.

Mereka juga mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Mereka juga salah seorang yang bertungkus lumus untuk membersihkan alam sekitar, dan cuba bayangkan tanpa mereka mesti permasalahan sampah dan bau busuk berleluasakan ? Mereka juga mampu merendahkan diri untuk bekerja dibawah sektor ini untuk menyara keluarga mereka dan memberi manfaat kepada masyarakat yang merupakan sebahagian daripada islam.

Pernah tak anda membantu mereka, menegor mereka, mengembirakan mereka atau memberi salam kepada mereka ? Walaupun korang menganggap isu ini kecil tetapi tanpa mereka pasti sukar hidup harian kita.

Sedikit cerita yang diambil dari ILuvIslam.


Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat.

Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.

Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya.

Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!

"Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan oleh Allah gambaran syurga dan neraka, dan ia dapati bahawa penghuni syurga yang paling ramai adalah terdiri dari golongan orang-orang miskin atau orang-orang yang tidak berharta, sedangkan penghuni neraka yang paling ramai adalah terdiri daripada kaum wanita."

Posted in , , | 2 Comments

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.