Showing posts with label Isu Remaja. Show all posts

Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat


Sekarang ni ramai orang pandang remeh dengan rukun islam yang kedua iaitu solat. Mereka pandang solat ini seperti tiada apa-apa. Tiada yang penting bagi mereka, yang mereka tahu kejar dunia saja yang bersifat sementara ni. Adakah korang tau apa yang akan berlaku pada diri kita apabila kita meninggalkan solat. ? Sesungguhnya balasan sentiasa menunggu sesiapa yang meninggalkan solat. Harini Syahir nak kongsi sedikit apa balasan orang yang meninggalkan solat.

"Dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus" - Al-Bayyinah : 5
Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat itu merupakan tiang agama, barang siapa yang mendirikannya sesungguhnya dia mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya maka seolah-olah dia meruntuhkan agama"

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda :
"Barang siapa yang meringan-ringakan solat dibalas ke atasnya lima belas seksaan, enam perkara ketika di dunia, tiga perkara ketika saat kematiannya, tiga perkara semasa di dalam kuburnya dan tiga lagi ketika bertemu Tuhannya.

Lalu para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah itu seksaan semasa di dunia ini?"

Baginda menjawab : 
  1. Allah akan mengambil keberkatan daripada usianya
  2. Allah akan mengambil pada rezekinya.
  3. Allah akan mengambil ciri(tanda) orang soleh pada mukanya
  4. Tidak terpelihara baginya agama Islam
  5. Setiap amalan yang dilakukannya di dunia tidak diberi ganjaran pahala
  6. Doanya tidak diangkat oleh malaikat ke langit.
Lalu sahabat bertanya lagi : "Apakah dia seksaan semasa matinya?'

Baginda menjawab : 
  1. Matinya dalam keadaan hina.
  2. Matinya dalam keadaan sangat lapar.
  3. Matinya dalam keadaan sangat dahaga sehinggakan jika dituang air yang ada di dunia ini sekalipun tidak akan menghilangkan dahaganya.
 Kemudian sahabat bertanya : "Apakah dia seksaan semasa di dalam kuburnya?"
 Nabi menjawab :
  1. Disempitkan oleh Allah kuburnya dan diperintah kepada malaikan agar menyeksanya sehingga hari kiamat.
  2. Diseksa oleh beberapa ekor ular yang dinamakan al-Syuja' al-Akra' dan kedua-dua matanya daripada api neraka.
  3. Diseksa oleh malaikat yang kukunya daripada besi kharasani dan panjang kukunya itu seumpama perjalanan sehari semalam. 
"Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat. Lalu al-Syuja'ul Akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi tujuh puluh hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi sehingga hari kiamat"

Sahabat bertanya lagi : "Apakah pula seksaan ketika bertemu Tuhannya?"

Baginda s.a.w. menjawab : 
  1. Allah memerintahkan malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulut dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap ke atas mukanya dan belakangnya.
Malaikat yang menghelanya berteriak: "Inilah balasan orang yang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka Saqar"

"Jika dijatuhkan rantai itu ke bumi nescaya terbakar seluruh muka bumi" - Riwayat Abdullah bin Abbas r.a

2. Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat
3. Tiada pilihan baginya selain mendapat seksaan yang teramat pedih.

Balasan bagi siapa yang melakukan solat : 

Dalam riwayat nabi : "Barang siapa solat subuh dengan berjemaah selama 40hari tanpa terlepas satu rakaatnya diberi oleh Allah baginya kebebasan daripada api neraka dan bebas daripada sifat munafik"

Fadilat solah : "Perumpamaan solat lima waktu ibarat sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumahmu, kamu telah mandi di dalamnya sebanyak lima kali sehari, maka adakah terlekat sebarang kekotoran." Para sahabat menjawab: "Tidak wahai Rasulullah." Nabi menjawab: "Demikian solat lima waktu itu yang sempurna membersihkan segala dosa."

Dengan itu serba sedikit balasan yang dikenakan kepada orang yang tidak melakukan solat. Mungkin kita akan terlepas daripada seksaan di dunia dan mendapat nikmat dunia dengan puasa, tapi ingatlah di akhirat nanti kita takkan terlepas daripada seksaanya. Sesungguhnya jika kita tergolong dari golongan yang meninggalkan solat atau merengan-rengankan solat kembalilah pada jalan yang lurus semula, memohon ampun dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyanya. Wallahualam.

Posted in , , , , , , , , | Leave a comment

#1 Khutbah Jumaat : Isu Remaja

Assalamualaikum, harini Syahir akan post pada setiap minggu khutbah jumaat di Surau/Masjid yang Syahir pergi, InsyaAllah.

Harini Syahir solat Jumaat @Surau Al-Muhajirin berhampiran dengan rumah Syahir. Tajuk Khutbah harini membincangkan tentang isu Remaja yang kurang dibimbing oleh keluarga dan masyarakat.

Jika kita gagal membimbing para Remaja :

  • Akan menyebabkan gejala sosial yang berleluasa.
  • Keruntuhan akhlak yang luntur.
  • Menyebabkan ponteng sekolah,
  • Melepak, merempit
  • Berjudi, dadah, bergaduh
  • Bergaul bebas sehingga ketahap zina, melakukan sek bebas sehingga melakukan jenayah buang bayi.
“Daripada Maimunah R.A berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir saja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.” Riwayat Ahmad)
Cara-cara untuk mengatasi :

  • Ibu bapa harus memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak mereka, meluangkan masa mereka bersama anak-anak mereka.
  • Ibu bapa harus memastikan siapa yang anak mereka kawan dan bergaul.
  • Pupuk rasa cinta pada agama terhadap anak-anak mereka.
  • Pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi perlu memberi kauseling atau ceramah motivasi.
  • Menegakkan undang-undang islam.
  • Mengutamakan solat dengan ibadah-ibadah lain.
  • Pihak kerajaan wajib menjaga program yang dianjurkan olehnya.
    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman akan melihat dosa-dosanya seolah-olah dia berdiri di bawah gunung. Dia takut (dosa itu) jatuh menimpanya. Sedangkan orang-orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang menghampiri hidungnya, kemudian ia berkata mengenai dosanya, “ Seperti inikah?” Abu Syihab berkata dengan tangannya yang diletakkan - di atas hidungnya” [HR al-Bukhari].


Kesimpulannya :

  • Semua pihak harus berkerjasama menangani masaalah ini.
  • Golongan remaja adalah aset penting kepada negara yang akan datang.
  • Semua pihak harus meyusun dengan bijak dan secara berterusan dengan mendidik anak-anak dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
"Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan). " [3 -104]



Anda boleh mendengar khutbah penuh disini :



Khutbah disampaikan oleh : Ustaz Wan Mohd Haris

Posted in , , , | 2 Comments

Search

Blog.Syahir. Converted by LiteThemes.com.